Saturday, June 12, 2010

kempunan :)))))

"save the last dance for me"tapi ditukar ke "save the last piece for me"

sudah dua hari berturut-turut aku dan rakan melantak otak-otak kempas di restoran sebelah round about sunway.sedap sungguh otak otak disana,diselangi pula dgn ratahan tongkeng ayam madu dipanggang panas.sedap sungguh hinggakan aku dan rakan memang gila tongeng,tapi cucuk tongkeng sangat limited anda perlu berebut untuk cucuk tongkeng anda hingga ke cucuk yng terakhir..sekarang musim bola bagi yang lain tapi untukku dan rakan rakan,musim tongkeng sudah bermula. ;))
okay update sikit tentang isu semasa.saya sudah di sem 2,dah dapat bip hijau.ahah.dah senior dah.berjalan dengan bip memberi anda hak untuk bermuka puas semasa berjalan di hospital mahupun di ruang legar college.bip hijau akan memberi aku pass untuk masuk ke OT dan melihat upacara ibu melahirkan baby dengan mata dan cornea saya sendiri.wah tak sabar weh.

Friday, June 11, 2010

si sepet mei lyng

ya mei lyng bukan namanya.nama nya syazalina affandi.tapi rupanya yang seiras amoi van sayur yang sering berkeliaran di sekitar perumahan teres telah mencetuskan nama timangan barunya itu. saya sayang dia.kami kawan dah lama.lama hinggakan dia tahu berat badanku dengan hanya satu pandangan saja.dia sangat hebat dalam apa sahaja soalan yg ada kene mengena dgn kira-kira.ludah sahaja apa jenis soalan padanya,tak kiralah soalan darab silang mahupun,hukum hakam indeks.akan terpampang dalam beberapa saat jawapam pada kelopak matanya.okay mungkin agak menipu disitu.tapi hanya memberi bayangan tntng kehebatannya.tapi setiap manusia ada kebusuk-kan.untuk dia yang membaca,tak sampai hatiku untuk meluahkannya semua.saya liyana alias dan qistina hashim sayang syazalina affandi sampai bila pun.ingat tu moi!kitorang sayang kau lah gila.ni tuk kau.night-night. :))))

Wednesday, June 9, 2010

im strong for anything,except for your voice.(ya again busuk)

from now on,layen kena dengar cakap ibu,mesti makan ubat ikut time and dont skip.ibu can be the most sensitive person ever.layen kena tolong ibu berkebun every sunday.i have to stick at home.ibu dah pencen so ibu are no longer working.yes! seronok sungguh memikirkan adanya ibu di rumah setiap masa.sekarang nak keluar pun jarang.layen rindu dungun,the beach and all.
ahh it would be a dream come true if i could go to the beach with my cartoon. :)
nah tu sume mimpi je.sedar lah layen oih.its been months already.get over it boleh tak.






i wish i could just go there infront of your house and yell at you "oih!aku sayang kau lagi lah bodoh!".tak nampak ke??haihh.i wish i was brave.atleast brave enough to do tht.but no,layen yang busuk lagi pengecut.kecut dengan jawpan yang akan diterima.mestilah kan,sapa tak takut kan.so yah ill bare the pain.i knw im strong.oh yah,exam week is just around the corner.study layen!

p/s:saya mmg susah nk faham bahasa.sorry eh awak.saya suka fikir benda yang tak perlu fikir.

Wednesday, June 2, 2010

untuk kau bukan dia

dear datuk A,
kita orang melayu,saya org melayu awak org melayu dia pun org melayu.
tak kesah la awak sepet,saya gemok dan dia putih.itu semua tak diukur oleh mana-mana pihak pun.saya tak cakap saya betul,saya tak cakap awak salah.(tak cakap)
tapi saya tulis kat sini,saya rasa awak salah.awak ingat balik apa awak cakap,awak bandingkan dgn apa saya buat dan cakap.awak buatlah jalan kiranya.
ya awak akan dapat persamaannya.

i disrespect almost everyone?
im so sorry.i was annoyed by him back then.people do make mistakes kan.
im one of them tapi yg paling top skali lah.but still,i did senyum and talk right?
so yah,im sorry,i really really am. ;)


i just realize i dont knw who you were.i just did.menyedihkan.
my mistakes after all.
salam.

Monday, May 31, 2010

untuk jalillah saya

saya dah mandi.
shampoo,dan bedak muka.jarang sebenarnya saya bedak muka.hanya untuk occassion tertentu sahaja.tapi tak tahu kenapa saya bedak muka sebelum keluar rumah hari ni.hanya untuk ke kedai bawah.
peliknya.ini sahaja.saya runsing.

smlam saya buat sesuatu yg menyegankan,saya masih segan.saya rasa saya berhak ditengking begini
"weh,kalau aku jadi kau aku bunuh diri lah weh!"
saya tahu,saya buat apa pon takkan dapat apa-apa.saya mmg tak malu.


saya pergi ya,
saya dah janji dgn syikin dan fatin nk main jutaria dgn mereka.
jutaria?(abaikan)

Wednesday, May 26, 2010

lemas dalam bahasa org putih "drowning"

aku tak lemas,
maaf jika ada yg hampa.
tajuk entri kali ini bukan pengaruh lagu drowning oleh backsteet boys.ye aku mengaku aku busuk,tapi semua orang pun ada kebusukannya yg tersendiri.tipulah kalau korang xpnah tgok cermin senyum bnyk kali nk cari senyuman yg paling tepat dan cantik untuk digayakan.kalau jawapannya tidak abaikan.(jgn tanya aku penah buat ke tak)
qirin si jongang cakap rambut aku hodoh petang tadi.apa masalah dia ntah.sapa je nak tgok rambut aku pun.

aku menyanyi senang hati,makan nestum lembik digaul dgn susu pekat sambil berjalan melintasi bilik si qirin ni petang tadi.
dengan muka dia yang bole dikatakan agak gampang bagi remaja perempuan umur 19 tahun,dia berkata tepat ke arah muka aku.
"eiii,oli kau tau tak rambut kau hodoh?"dalam gaya soalan.

aku kembangkan hidung,posisikan muka aku selari dengan kedudukan giginya dan bertanya
"eh,kau tau tak,rambut kau cantik macam siti pon. gigi kau tetap jongang?"tanya aku.(ye ye aku tau its rude to answer a question with a question.aku telepas,maafkan aku)

terkilan dia terus membalas ,"gemok!".

sial punya jongang apa masalah ntah.spoil mood aku nk makan nestum.




Saturday, May 22, 2010

menguap besar disampuk setan

wah.pagi ahad yang indah.aku bet orang lain sume sibuk berdengkur sambil mengeluarkan ekskrisi dalam bentuk cecair likat.mcm mana aku tau?sekarang aku di kmpung baru,kuala lumpur.rumah rakanku Qistina,atau aku lebih selesa memanggilnya qist si hidung kemek.
aku ditemani kucing hitam peliharaannya yg diberi nama oreo.aku sedang duduk bersila di sisi rakanku qist yg masih terbongkang.
*dialah jawapan untuk tanda soal tadi.

awal pagi lagi aku sudah bangun.haihh aku kerja(posting) shift petang hari ini, di Hospital Pantai Kuala Lumpur.aku terpaksa bangun awal untuk menggosok uniformku.hari ni lah hari bertuah qist dan bapaknya,uncle hashim.sebab hari ni diorang dapat melihat aku dalam
"full uniform"(termasuk cap).inilah kali pertama mereka akan melihat ku secara langsung dalam uniform.conform mereka kan ketawa berdekah paling baik pun boleh dapat diorang senyum sinis padaku nanti.

apalagi lah kerenah patient aku hari ni.rindu pula pada mereka selepas aku cuti semalam hari.aku teringat lagi pada patient ku yg berbangsa cina,dia berumur 71 tahun.sebatang gigi pun tiada.agak sukar untukku memahaminya.aku perlu fokus pada pergerakan bibirnya.satu hari aku masuk dakam bilikknya,aku dan rakanku mendapati bau busuk yg teramat.conform dia sudah melepas.aku dan rakanku terpaksa menukar pampers seawal 7pagi.
makcik agak berumur jadi agak susah untuk bergerak.berpeluh aku dan kawanku mengangkat pinggulnya.aku dan rakan ku masing-masing buat muka menahan bau setelah pampers dibuka.
tidak ku sedar makcik tersebut menggeleng kepalanya dan buat mimik muka yang sama dan diikuti dgn menutup hidungnya.panas hatiku dibuatnya.dia pulak yang tak tahan bau.
haihh macam macam.