Tuesday, August 17, 2010

anda punya bakat terpendam?meh usha jap

salam.

pernahkah anda merasa bersin dengan tak sengaja terkentut kuat didepan orang ramai?
ini hanya soalan.(jgn kau berani fikir aku pernah).
okay,
mungkin segelintir aweks diluar sane gemar menahan kentut.yelah malulah kan kentut depan orang.anggaplah kita ni memang tak tahan.angin dah hujung hujung muncup je kan.masa tu pulak kita di ruang tamu bersama sedara mara.ade pulak sepupu hensem lagi gedang kat situ.adakah anda akan pergi keluar cari tempat gelap berpura-pura bercakap dalam phone dan lepaskan atau pergi ke toilet dan lepaskn?
jika jawapannya ya.anda ada bakat berlakon seakan ogy mad daud.

konklusi hari ini.
"dont ever feel bad about yourself.cause only you can cherish your life.and plss go to your friend. for me i got my one brave warrior named jiglo jijol with me. :))"

Saturday, August 14, 2010

apa aku dah buat.

pagi. :)))
tuhan saja tahu betapa penuhnya perut aku skrang.first day aku bangun sahur.
okay luahan jap.
aku tak faham.kat mana aku silap.mungkin silap aku dari mula lagi.tapi benda dah lama sgt.aku still terfikir-fikir apa yang aku buat actually sampai macam tu skali act dia.aku tak boleh nak faham semua orang.kadang-kadang aku rasa aku boleh faham orang walaupun orang hanya mengomel keseorangan.aku boleh tekalah ape yang dia mencarut sorang tuh.aku slalu ltk kn aku dan badanku dkt orang punya situasi.then cuba fikir ikut cara dia fikir.tapi tak semua orang macam 'orang'.ada yang aku tak faham mcm mane dia boleh fikir macam tu.kuasa tuhan,tapi kadang-kadang tak masuk akal.aku cuba buat yang terbaik untuk setiap detik hidup aku.sebab detik ni akan terus berjalan,samaada aku sedar atau tidak.apa yang lepas, lepas.aku hanya perlu jadi lebih baik dari aku yang semalam.


p.s. Selamat Datang Ramadhan :))

Friday, August 13, 2010

mangkuk bra :)

salam.
okay cerita kali ni bukan tentang wanita 40-an yang masih menyimpan duit kertas
di dalam mangkuk bra nya.cerita kali ni hanya tentang sepupuku yg single lagi panass! hot gitu.
namanya jalilah.ye dut kak elah,setelah 35 tahun kak elah akhirnya sudah ada kad pengenalannya sendiri! yes kawan kad pengenalan berwajah kan jalilah akhirnya telah dicetak.tuhan saja yang tahu betapa exitednya ku nk tgok muka si elah tu pada icnya.
tup tap tup tap dah ada ic dah kak elah.dulu dialah rakan sepermainan ku.dulu aku gemar bermain cikgu-cikgu.masa tu aku tak tahu A B C.jadi dialah yang paling sesuai untuk memikul gelaran cikgu masa itu.sayang kak elah tak terhingga.

Saturday, June 26, 2010

bila hari sudah hangat lagi hangit

panas terik.terasa bahang duduk lama dalam rumah.
aku dan abang-abang tersadai di depan tv menonton melodi.


aku baring tengah-tengah diantara abang A dan abang B
dalam cuaca yang terik lagi bahang,
abang A sempat melepaskan gas beracun dari anusnya.
terbau tempoyak yang dilahapnya sebentar tadi.
(memberi bayangan juadah yang disediakan oleh ibu untuk mkn tgh hari)
sial punya abang.makian demi makian dilontar dan diludah padanya.
dia hanya mampu tersenyum kambing dan bermuka puas.

abang B tak puas hati.
lalu menonjolkan kemarahan,dendam disimpan.
setelah beberapa minit abang B melepaskan gas beracun yang sukar untuk sesiapa dengar.
tapi tuhan saja tahu betapa bisanya bau yang dikeluarkan.
aku selalu berada di tengah-tengah peperangan seperti ini.

abang B diam-diam memasukkan tangan kedalam boxer bahagian belakangnya.
perlakuannya seperti menangkap udara yang baru keluar terus kegenggamannya bak menyimpan makanan dalam bekas kedap udara.
abang B mengeluarkan genggamannya.
genggaman saktinya dibawa ke abang A.genggaman itu kemudian di buka secara perlahan-lahan tepat pada lubang hidung abang A.aku yang berada ditengah turut terkena tempias gas beracun itu.
terima kasih kepada kipas angin yang membantu dalam penyebaran gas itu tadi.

liku-liku hidup seperti ini mengajar aku untuk menjadi dewasa terus berhati kering menghadapi
apa saja cabaran yang mendatang.sayang abang.

Friday, June 25, 2010

kulit ketiak melecur

adakah anda antara pengguna spray deodorant?pernah kah anda merasa kulit ketiak melecur kepanasan bak dikopes guna pengupas kentang?salah siapa?anda,ketiak anda,jari anda yang menggaru kurap di malam hari atau deodorant itu sendiri.

salahkan diri sendiri kerana satu hari suntuk tak basuh ketiak.
siapa suruh.dan sepuluh peratus salahkan kurap di ketiak ye. :)

aku liyana


adakah anda antara pengguna spray deodorant?rasa melecet kepanasan seperti kulit ketiak dikopes guna pengupas kentang.lebih puas mimik muka bila asidnya memercik ke kudis mahupun bisol pada lapisan ketiak ketiga anda.mahir saya huraikan bukan kerana saya ada dua aksessori berikut.percayalah saya tak ada.tolong jangan cerita pada kawan.
gambaran aku untuk rakan tntang insiden ini,
"seperti aku duduk sambil menyandarkan tapak ketiak aku pada ekzos motor suzuki abang setelah 30 minit dipanaskan motornya."hanya seorang ibu mengandung anak pertama dapat merasakan betapa peritnya kejadian ini.okay aku dah merepek.

pehh bosan ahh,berborak bahasa baku ni.aku nak gak jadi si gadis gemok yang selekeh tapi berhati girang hisap aiskrim plastik beperisa laici di taman awam.aku tak nak berasa malu ataupun menahan diri dari merakus kepala bunjut aiskrim secara kasar dan rakus di khalayak ramai.aku tak hirau semua itu.bukan aku pentingkan diri cuma pandangan orang tak penting yang penting aku suka.aku senang dan aku girang.yeahhhh.hiduppp budak gemokkk!dessert didahulukan,nesi putih diutamakan, one malaysia yeyeh!

Monday, June 21, 2010

theres no reason for any post anymore.
no more reason for all this crap
now its gonna end.
babai friends.


truely,
Liyana Alias