Thursday, June 4, 2009

dengarlah aku berkata-kata

hari demi hari telah berlalu.

bentuk badan bak nasha aziz yg ramping lagi lentik yang seringku
impikan hanya tinggal angan-angan.
alangkah bestnya kalau bentuk badan aku sekarang hanyalah illusi semata-mata.
sellulit-sellulit dan spare tyre ku ini hanyalah imaginasi aku sahaja.

pernah juga aku cuba untuk keluar dari dunia imaginasi ku ini.
aku mengambil langkah dengan menepok perut dan pinggul ku bertubi-tubi dgn kuat.
kononya aku akan tersedar dan terjaga dari dunia imaginasi ini.

tapi apakan daya sampai merah dan pedih ku tepok.
tapi tiada apa yg berubah.aku tetap begini.
aku terpaksa bedepan dengan dunia realiti dan kenyataan yg aku ni gemok.

arggh!!tidak!!
aku tak mahu satu hari nanti tahap kegemukan aku menjadi-jadi.
sehingga aku menjadi bahan jenaka dan santapan warga kota ketika minum petang.

aku tidak mahu suatu hari nanti,
lipatan-lipatan perutku menjadi port rakan-rakan menyimpan barang-barang
berharga seperti mp3,handphone dan kotak rokok.

aku tidak mahu suatu hari nanti,
anak-anak kecil menjadikan badan aku sebagai tempat persembunyian yang tepat
lagi strategik ketika bermain hide and seek.

aku tidak mahu suatu hari nanti,
aku menjadi topik hangat dan bahan teladan kepada belia dan kanak-kanak
"anak jangan makan gula-gula bnyk sgt.nanti jadi macam akak tu nak?"
si anak mula memaparkan mimik muka jijik dan takut lalu menjatuhkan semua gula-gula
dalam genggamannya.


sialan dan cemuhan ku lempar dan ku lontarkan pada warga kota,warga emas,tauke kfc,abg burger
dan pihak-pihak yang berkenaan.

1 comment:

  1. size dazen matter, what count will be our friendship.

    i miiissss uuu =)

    ReplyDelete