Saturday, January 28, 2012

harini hari kau,esok hari isnin.

tengah hari tadi lepas makan.


"woi min,kau tak reti nak basuh pinggan eh?"
"mane akidah kau?"dengan nada marah.
tanya aku kepada abangku yang hanya membiarkan pinggan di sinki tanpa membasuh.


memang celaka.pemalas sungguh nk basuh pinggan,aku paling pantang bab bab mcm ni.sebab nanti akhirnya aku yang membasuh pinggan diorang.

abang abangku seperti sudah ada habit untuk membiarkan pinggan di sinki lebih lebih lagi bila aku sedang khusyuk meratah ayam di meja. mereka seperti sudah melakar moto "siapa last makan,basuh pinggan". kadang kadang aku perasan yang mereka seolah olah berkomplot untuk memastikan aku terseksa.
si kundalee (abg aku yg berkulit hitam manis) pulak dan dan depan ibu lah dia nak menyapu,mop lantai bagai.macam aku tak tau itu hanyalah helah untuk mendapatkan duit poket lebih.setiap kali ibu melihat mereka membuat kerja rumah,aku akan dimarahi ibu kerana tidak menolong membuat kerja rumah.keluarlah topik anak dara sunti bagai.haihh.yang paling menyirap si kundalee yang mukanya tepat di blakang muka ibu akan tersenyum puas dan mengembangkan hidungnya melihat aku dibebel ibu.kurang hajar punya kundalee.

No comments:

Post a Comment