Saturday, November 27, 2010

getaran kentot diantara kedua dua belah bontot.

auwww .poem si jijol sgt lah sweet.manis manis semut api gitu.si kuyu mmg pandai amik hati orang.bosan sgt kut agakya.okay update situasi sekarang.sedang menunggu call me back notification dari jijol.sebagai tanda kita akan berjumpa di tmpt biasa dalam masa 10 minit.ya satu inovasi berkomunikasi yang baru dalam dunia realiti mahupun hiburan.bnyk gunanya nya maxis ni bila kita susah. =D

ayat semanis mengunyah batang tebu,


Hatinya tegar jarang berkaca,
Dari rumpun hatinya yang bergema,
Kata dengan penuh ikhlas.
Dadanya dipenuhi dengan sayang,
Setia.
Dan, bukanlah manusia picisan yang duduk bersinggahan
Untuk tawa.
Tapi setia derita yang merempat
Meskipun, hati temannya yang karat.
Kalut dengan rebut.
Hatinya ibarat relung yang menanggung seribu jenis beban.
Tapi, bebannya ringan dengan jernih hati,
Yang bertaut dengan kasih.
Dedak kecil yang bergumpal,
Dengan campur darah jernih memutih,
Mengalir dari satu hati ke hati yang lain,
Dengan penuh sabar,
Meskipun kadangnya hatinya dicabar,
Sekalipun, seribu tahun,
Hatinya tekad kekal begitu.
Kalaulah manusia semua begitu.

liyana dollah

p/s:saya tak pernah tunjuk,tuhan saja tahu betapa bnyk nya saya kisah tntang dia.jijol rakan baik saya suka dan duka.sampai bila bila

Tuesday, November 16, 2010

esok raya korban

ye saya di depan pc.abang telentang dpn tv.semua angkara ayam masak merah yang dimasak untuk makan malam tadi.susah bila masak lauk raya awal.blum ape dah separa kering kuali di dapur.salah ibu beranak bnyak atau salah abang yang tak bermoral dan aware tentang adap melahap lauk pada malam raya.jijoll si kuyu dah bedengkur sekarang.bukan main letop lagi cerita dia.ligat dia berborak nak ajak minum konong nya malam ni.tapi mungkin dia penat angkara video lucah tadi.apelah aksi si kuyu tu tadi.satu je cara nak lepak dgn si kuyu,adalah pergi trus kerumah dia kejut dia bangun trus klua.tapi sediakan kereta dan duit kertas lebih.dia akan follow kemane pon kita bawa.ayat kene maniss maniss semut api sikit.

tadi sempat kol ibu di mekah.sudah sambut pun raya mereka disana.
ibu kata"liyana,ibu ada bnyk doakan untuk liyana"
"yea?oh okay"jawab ku. "liyana ada rasa ape ape tak,peruahan ke?"tanya ibu lagi.
muka pelik seakan meratah benda pahit"oh ada!" jawab aku dengan bdan yang kus semangat lagi confident.
"iya?rasa apa?"ibu seolah happy.
dengan semangat lagi aku menjawab "liyana rasa bosan dengan kehidupan liyana sebelum ni" aku tersengih. ibu terdiam,taktahulah dia panas ke ape.comell je ibu.
rindu pulak gelak tawa yang tak brape nk ikhlas ibu.<3

tak pernah nak cakap benda sweet pada dia,mungkin lebih kepada malu.sebab kita konfom dia tau kita bukan jenis macam tu.jadi kita tak pernah buat apa apa yang manis(sweet)
tapi harap dia tau apa kita rasa just dgn mendengar pada getaran suara kita.

Saturday, November 13, 2010

bacalah kalau berani

saya rinduu jijolll!!!!


nak lepakkkkkkkkk dgn diaaaaa......

WaLaUpUn DiA BuSuK.SeBaB SeLaLu BjEt LaGi BeSt DaRi SaYa.
PaDahal kItA SaMa SaMa BUsuKKKK.

cepat lewww balik dowwwhhh.bosan gilewww hihhihii

ye saya pun ada life.

macam orang lain.saya pun ada life saya juga.saya pun ada kawan.sama je macam awak yang membaca.bukan nk buat blog ni macam diari busuk si gadis manja.tapi luahan memang sentiasa ada.cuma sama ada kita mampu atau tidak untuk menahan diri daripada menulis luahan peribadi.

ookay saya sudah penat sedih sedih.tak best.walaupun saya tak tau apa yang saya mahu tapi asalkan saya senang(happy)sudah mencukupi.saya sudah penat.
okay ingin memberi gambaran paras rupa saya sekarang.
saya memakai tshirt biru seluar panjang hitam.berbadan gempal bermuka kiut.memakai cermin mata kalis beban.saya sedang menghempaskan bontot diatas kerusi kayu sambil menekan nekan butang keyboard.tertarik? taip i like your buttox! ke 2299.

okay nak story story sikit,ibu dan ayah akan ke arafah esok.hihhi rindu sungguh pada mereka.jarang sekali ku mendapat phone call daripada mereka.tapi tidak mengapa.harap ayah dan ibu sehat dan selamat menunaikan rukun islam mereka.insyaallah.amin :)

Friday, November 5, 2010

bila muthu dah cecah umur 20.




amin alias,lagi sedap bila dipanggil kundalee,ataupun muthu.semua disebabkan warna kulit nya yg agak kelam.dialah abang paling best yang aku ada.tak pernah berkira,bila aku tak cukup duit nak mkn ke hapeh mangkuk ni lah yg tolong mengepau untuk memastikan adik comelnya puas mengunyah.dari kecil lagi aku paling rapat dgn dia,sampaikan birthday aku masa aku di taska dulu,disambutnya skali birthday dia.mmg mangkuk hayun punya abang.ayah sibuk membeli dua kek untuk dia dan aku.walhal birthday dia jauh gila dgn birthday aku.aku dengan amin dari kecil lagi slalu pakai baju sama.dah macam kembar siam dibuatnya.dari kecil lagi badan amin lagi kecil dari aku.aku sentiasa dua kali ganda dari dia.ini hanya di sebabkan minat anak tekak yang berbeza.aku minat ayam.dia minat biskut.amin mmg takboleh nampak balang biskut dirumah.dia akan habiskan segala tenaga untuk mengunyah habis biskut tersebut.tak kesah lah kuih raya pun disebatnya.paling pantang lagi kalau nampak chipsmore.mmg girang hatinya melahap biskut chip chocalate tu.sampai sekarang aku paling rapat dgn amin berbanding abg2 yang lain.dia tau semua perihal tentang aku.takkira lah berat badan,cinta pertama,kat mana aku salalu nyorok ayam goreng ibu masak,tak kiralah apepun.lebih kurang semua benda aku cerita kat dia.hari ni hari jadi dia.harijadi amin abang aku.muhd aminudden alias.sudah 20 tahun umurnya.muda lagi.aku harap aku dgn amin boleh pergi jauh lagi dgn karier kitorang nanti.dapat ikut jejak ibu sudah cukup.insyaallah.slamat harijadi amin.sayang amin. <3

siapa ckp aku jalan tonggek?maneade,xtau xtau

bila semua benda boleh buat mulut tersengih,bila yang busuk kita kata sedap,bila yang buruk kita kata comel.
hah aku mmg dah lama tunggu detik ni datang dari dulu lagi.hati girang je aku jalan.bila kentut jalan smooth je,tanpa ada sekatan getaran memantul.happy gila,ni semua pasal awek philipino yang malas mandi.ckp melayu terabur ada hati nk beborak bahasa kita.hahhaaha.syg dia.

aku lepak pavi hari ni,mulut asyik rasa nak mengunyah je,kurang exercise agaknya.quicksilver buat sale macam haram.time aku takde duit baru mak hayam tu nak buat sale.naik juling aku tenung tag 50% yang tegantung gantung bak tanglung merah kat syiling umah cina tu.qist si lembik dah sibuk belek baju cari saiz lilit pingggang dia.aku dimakinya sebab yang tggal saiz untuk badan macam aku je.masing masing fedup kitorang lenjan baskin robbn.aku mmg marah btul lah bila aku mkn eskrem tak puas.rasa nk mengamuk je.sikit gla scoop dia?cekodok mak aku besar lagi.dia ingat aku baby isap puting apa.kang ada puting yg terjojol diabuatnya.semua serba tak kene bila mulut tak puas bergerak.haihh.

Sunday, October 10, 2010

sayang nk cabut bulu ketiak.

dari pulau pinang ke sarawak,
eh jap apahal nk sarawak gakk,
tak harini cabut bulu ketiak,
takut pedih,mak stanby bedak temulawak.


ye.dah lama aku tak bersukan.paling jauh aku jalan pun dari hospital turun bukit semata nak lahap nasi lemak kedai bawah pagi tadi.senang je hati aku waktu berjalan.bagaikan budak gemok riang dapat hadiah bag tarik gambar high school musical.sudah separuh jalan eqal si legam datang angkut aku naik motor ke kedai bawah."eh qal.takpe dkat je ni aku boleh jalan" kata aku pada si legam."alah takpe ni hadiah sebab kau konfomkan aku ni kawan kau"jawab legam.sampai di warung,aku turun motor lalu menggapai nasi lemak ke telapak tangan ku.terfikir sejenak.ape yang legam cakap tadi.

baru aku ingat.eqal si legam riuh satu bas buat pengumuman pagi semalam.
"kawan kawan!dengan ini aku muhammad ...... dgn sahnya sudah ada akaun facebook!"
"korang balik bukak facebook dan konfomkan!konfomkann! ye konfomkan aku ni kawan korang!"
baru aku faham apa yang dia mencarut dgn aku tadi pagi.stelah lenyap semua tulang ayam aku lahap.aku dgn muka dan badan yang semangatnya berkata pada eqal "kau gerak ah naik moto dulu,aku alright,bukan jauh pun.kau dah lambat kann"

setengah jam kemudian,bercurah-curah peluh didahi ku.hasil daki bukit.aku tercungap-cungap bak lemas di dalam kolam.sumpah seranah pada pihak hospital yg buat tapak atas bukit.aku menyesal tak naik motor dgn si legam.aku lupa beza momentum naik dengan turun bukit.disitulah aku mendapat mesej mengatakan tahap kegemukan ku berada di paras bahaya.

Monday, October 4, 2010

sodok bontot pagi pagi

ye aku seorang jururawat yg berbadan gempal.aku paling pantang orang melihat ku tepat pada bahagian bawah dada dimana lipatan lipatan perutku berada. Sudah 4 minggu aku praktikal di hospital.aku ditugaskan di central diagnosis unit.aku hanya perlu bantu doktor melakukan colonoscopy.menarik sungguh nama yg diberi.tuhan saja tahu betapa peritnya bila tiub yg digunakan seiras dan sama besar batang paip getah berwarna oren yang sering dilihat di tandas awam dan dikedai mamak kawasan subang.tiub akan dimasukkan ke dalam lubang bontot uncle chong.uncle chong tersadai keperitan.perut aku ditumbuk bertubi-tubi,memberi bukti kukuh yg dia sedang sakit.doktor mengerahkan aku memegang uncle chong sekuat mungkin,uncle menjerit tepat ke muka ku.'sakit la bodoh!'aiya!'.lalu uncle skali lg menumbuk perutku.aku trus memegang uncle sekuat hati.asal doktor menoleh ke tempat lain.aku starlight dahi orang tua tu.tesembur air liur uncle.kali ni dia jerit bodoh!bodoh!bodoh! Doktor tanya megapa uncle marah.aku kata tak tahu dan tanya 'uncle, kenapa?sabar ye uncle'. Habis merah dahi uncle aku starlight.tiub sudah 45cm masuk kedalam usus uncle.pehh panjang tu.mau tak mengamuk orang tua tu.terkentut kentut uncle chong tadi.aku ingat hanya aku yg buat muka tengik sebab busuk.sekali aku toleh doktor mempamirkan muka seolah terkunyah asam keping mentah.muka masam jelas dimuka doktor.uncle chong trus menembak angin deras berkali kali.sakit belakang aku masih terasa bergusti dgn uncle td

Tuesday, August 17, 2010

anda punya bakat terpendam?meh usha jap

salam.

pernahkah anda merasa bersin dengan tak sengaja terkentut kuat didepan orang ramai?
ini hanya soalan.(jgn kau berani fikir aku pernah).
okay,
mungkin segelintir aweks diluar sane gemar menahan kentut.yelah malulah kan kentut depan orang.anggaplah kita ni memang tak tahan.angin dah hujung hujung muncup je kan.masa tu pulak kita di ruang tamu bersama sedara mara.ade pulak sepupu hensem lagi gedang kat situ.adakah anda akan pergi keluar cari tempat gelap berpura-pura bercakap dalam phone dan lepaskan atau pergi ke toilet dan lepaskn?
jika jawapannya ya.anda ada bakat berlakon seakan ogy mad daud.

konklusi hari ini.
"dont ever feel bad about yourself.cause only you can cherish your life.and plss go to your friend. for me i got my one brave warrior named jiglo jijol with me. :))"

Saturday, August 14, 2010

apa aku dah buat.

pagi. :)))
tuhan saja tahu betapa penuhnya perut aku skrang.first day aku bangun sahur.
okay luahan jap.
aku tak faham.kat mana aku silap.mungkin silap aku dari mula lagi.tapi benda dah lama sgt.aku still terfikir-fikir apa yang aku buat actually sampai macam tu skali act dia.aku tak boleh nak faham semua orang.kadang-kadang aku rasa aku boleh faham orang walaupun orang hanya mengomel keseorangan.aku boleh tekalah ape yang dia mencarut sorang tuh.aku slalu ltk kn aku dan badanku dkt orang punya situasi.then cuba fikir ikut cara dia fikir.tapi tak semua orang macam 'orang'.ada yang aku tak faham mcm mane dia boleh fikir macam tu.kuasa tuhan,tapi kadang-kadang tak masuk akal.aku cuba buat yang terbaik untuk setiap detik hidup aku.sebab detik ni akan terus berjalan,samaada aku sedar atau tidak.apa yang lepas, lepas.aku hanya perlu jadi lebih baik dari aku yang semalam.


p.s. Selamat Datang Ramadhan :))

Friday, August 13, 2010

mangkuk bra :)

salam.
okay cerita kali ni bukan tentang wanita 40-an yang masih menyimpan duit kertas
di dalam mangkuk bra nya.cerita kali ni hanya tentang sepupuku yg single lagi panass! hot gitu.
namanya jalilah.ye dut kak elah,setelah 35 tahun kak elah akhirnya sudah ada kad pengenalannya sendiri! yes kawan kad pengenalan berwajah kan jalilah akhirnya telah dicetak.tuhan saja yang tahu betapa exitednya ku nk tgok muka si elah tu pada icnya.
tup tap tup tap dah ada ic dah kak elah.dulu dialah rakan sepermainan ku.dulu aku gemar bermain cikgu-cikgu.masa tu aku tak tahu A B C.jadi dialah yang paling sesuai untuk memikul gelaran cikgu masa itu.sayang kak elah tak terhingga.

Saturday, June 26, 2010

bila hari sudah hangat lagi hangit

panas terik.terasa bahang duduk lama dalam rumah.
aku dan abang-abang tersadai di depan tv menonton melodi.


aku baring tengah-tengah diantara abang A dan abang B
dalam cuaca yang terik lagi bahang,
abang A sempat melepaskan gas beracun dari anusnya.
terbau tempoyak yang dilahapnya sebentar tadi.
(memberi bayangan juadah yang disediakan oleh ibu untuk mkn tgh hari)
sial punya abang.makian demi makian dilontar dan diludah padanya.
dia hanya mampu tersenyum kambing dan bermuka puas.

abang B tak puas hati.
lalu menonjolkan kemarahan,dendam disimpan.
setelah beberapa minit abang B melepaskan gas beracun yang sukar untuk sesiapa dengar.
tapi tuhan saja tahu betapa bisanya bau yang dikeluarkan.
aku selalu berada di tengah-tengah peperangan seperti ini.

abang B diam-diam memasukkan tangan kedalam boxer bahagian belakangnya.
perlakuannya seperti menangkap udara yang baru keluar terus kegenggamannya bak menyimpan makanan dalam bekas kedap udara.
abang B mengeluarkan genggamannya.
genggaman saktinya dibawa ke abang A.genggaman itu kemudian di buka secara perlahan-lahan tepat pada lubang hidung abang A.aku yang berada ditengah turut terkena tempias gas beracun itu.
terima kasih kepada kipas angin yang membantu dalam penyebaran gas itu tadi.

liku-liku hidup seperti ini mengajar aku untuk menjadi dewasa terus berhati kering menghadapi
apa saja cabaran yang mendatang.sayang abang.

Friday, June 25, 2010

kulit ketiak melecur

adakah anda antara pengguna spray deodorant?pernah kah anda merasa kulit ketiak melecur kepanasan bak dikopes guna pengupas kentang?salah siapa?anda,ketiak anda,jari anda yang menggaru kurap di malam hari atau deodorant itu sendiri.

salahkan diri sendiri kerana satu hari suntuk tak basuh ketiak.
siapa suruh.dan sepuluh peratus salahkan kurap di ketiak ye. :)

aku liyana


adakah anda antara pengguna spray deodorant?rasa melecet kepanasan seperti kulit ketiak dikopes guna pengupas kentang.lebih puas mimik muka bila asidnya memercik ke kudis mahupun bisol pada lapisan ketiak ketiga anda.mahir saya huraikan bukan kerana saya ada dua aksessori berikut.percayalah saya tak ada.tolong jangan cerita pada kawan.
gambaran aku untuk rakan tntang insiden ini,
"seperti aku duduk sambil menyandarkan tapak ketiak aku pada ekzos motor suzuki abang setelah 30 minit dipanaskan motornya."hanya seorang ibu mengandung anak pertama dapat merasakan betapa peritnya kejadian ini.okay aku dah merepek.

pehh bosan ahh,berborak bahasa baku ni.aku nak gak jadi si gadis gemok yang selekeh tapi berhati girang hisap aiskrim plastik beperisa laici di taman awam.aku tak nak berasa malu ataupun menahan diri dari merakus kepala bunjut aiskrim secara kasar dan rakus di khalayak ramai.aku tak hirau semua itu.bukan aku pentingkan diri cuma pandangan orang tak penting yang penting aku suka.aku senang dan aku girang.yeahhhh.hiduppp budak gemokkk!dessert didahulukan,nesi putih diutamakan, one malaysia yeyeh!

Monday, June 21, 2010

theres no reason for any post anymore.
no more reason for all this crap
now its gonna end.
babai friends.


truely,
Liyana Alias

Thursday, June 17, 2010

ego itu ibarat sembelit.pedih sial

im bored.so bored that i just slept all the time.nothing to do except for studying.
nah i need a break.atleast get out from the city.perhaps to the beach or something.
nah college sucks they wont give even a day of break.so i just hve my weekend to spend till hari raya.where would i go just for wekeends?frantek!
frantek! (perkataan yg diilhamkan drpd pantek hanya untuk fadhil bin yusuf. :)

dear datuk.
kenapa perlu ego?kenapa,sampai bila?suka hatilah.
you knw wht?
ive tried everyway that i can to save the last bits and pieces.
i cant do no more.
ive tried and tried.
i did everything,theres just no answer.
what do you expect?
im just an ordinary girl with lots of mistakes.
takkan nk kenang2 benda best yang dah lepas,then dok ulang and ulang all the time
penat dah weh.bayangkan pergi toilet selang 5minit kerana berak cair?pedih kan ?
saya sayang awak.tapi awak sengal,tak pandai fikir.
saya mmg suka sakitkan hati org dalam cara yg saya tak sedar.
maaf bnyk2.i miss you and the good all days man.


hey.goodluck for everything.do take care aite.awak tu dah besar,sure bole jaga diri kan.
play safe,be cool and have fun! :))))))
youll have great friends for sure.
peace no war. bak kata wahid senario dlm melodi.(ya aku tgok melodi.so?)

Saturday, June 12, 2010

kempunan :)))))

"save the last dance for me"tapi ditukar ke "save the last piece for me"

sudah dua hari berturut-turut aku dan rakan melantak otak-otak kempas di restoran sebelah round about sunway.sedap sungguh otak otak disana,diselangi pula dgn ratahan tongkeng ayam madu dipanggang panas.sedap sungguh hinggakan aku dan rakan memang gila tongeng,tapi cucuk tongkeng sangat limited anda perlu berebut untuk cucuk tongkeng anda hingga ke cucuk yng terakhir..sekarang musim bola bagi yang lain tapi untukku dan rakan rakan,musim tongkeng sudah bermula. ;))
okay update sikit tentang isu semasa.saya sudah di sem 2,dah dapat bip hijau.ahah.dah senior dah.berjalan dengan bip memberi anda hak untuk bermuka puas semasa berjalan di hospital mahupun di ruang legar college.bip hijau akan memberi aku pass untuk masuk ke OT dan melihat upacara ibu melahirkan baby dengan mata dan cornea saya sendiri.wah tak sabar weh.

Friday, June 11, 2010

si sepet mei lyng

ya mei lyng bukan namanya.nama nya syazalina affandi.tapi rupanya yang seiras amoi van sayur yang sering berkeliaran di sekitar perumahan teres telah mencetuskan nama timangan barunya itu. saya sayang dia.kami kawan dah lama.lama hinggakan dia tahu berat badanku dengan hanya satu pandangan saja.dia sangat hebat dalam apa sahaja soalan yg ada kene mengena dgn kira-kira.ludah sahaja apa jenis soalan padanya,tak kiralah soalan darab silang mahupun,hukum hakam indeks.akan terpampang dalam beberapa saat jawapam pada kelopak matanya.okay mungkin agak menipu disitu.tapi hanya memberi bayangan tntng kehebatannya.tapi setiap manusia ada kebusuk-kan.untuk dia yang membaca,tak sampai hatiku untuk meluahkannya semua.saya liyana alias dan qistina hashim sayang syazalina affandi sampai bila pun.ingat tu moi!kitorang sayang kau lah gila.ni tuk kau.night-night. :))))

Wednesday, June 9, 2010

im strong for anything,except for your voice.(ya again busuk)

from now on,layen kena dengar cakap ibu,mesti makan ubat ikut time and dont skip.ibu can be the most sensitive person ever.layen kena tolong ibu berkebun every sunday.i have to stick at home.ibu dah pencen so ibu are no longer working.yes! seronok sungguh memikirkan adanya ibu di rumah setiap masa.sekarang nak keluar pun jarang.layen rindu dungun,the beach and all.
ahh it would be a dream come true if i could go to the beach with my cartoon. :)
nah tu sume mimpi je.sedar lah layen oih.its been months already.get over it boleh tak.






i wish i could just go there infront of your house and yell at you "oih!aku sayang kau lagi lah bodoh!".tak nampak ke??haihh.i wish i was brave.atleast brave enough to do tht.but no,layen yang busuk lagi pengecut.kecut dengan jawpan yang akan diterima.mestilah kan,sapa tak takut kan.so yah ill bare the pain.i knw im strong.oh yah,exam week is just around the corner.study layen!

p/s:saya mmg susah nk faham bahasa.sorry eh awak.saya suka fikir benda yang tak perlu fikir.

Wednesday, June 2, 2010

untuk kau bukan dia

dear datuk A,
kita orang melayu,saya org melayu awak org melayu dia pun org melayu.
tak kesah la awak sepet,saya gemok dan dia putih.itu semua tak diukur oleh mana-mana pihak pun.saya tak cakap saya betul,saya tak cakap awak salah.(tak cakap)
tapi saya tulis kat sini,saya rasa awak salah.awak ingat balik apa awak cakap,awak bandingkan dgn apa saya buat dan cakap.awak buatlah jalan kiranya.
ya awak akan dapat persamaannya.

i disrespect almost everyone?
im so sorry.i was annoyed by him back then.people do make mistakes kan.
im one of them tapi yg paling top skali lah.but still,i did senyum and talk right?
so yah,im sorry,i really really am. ;)


i just realize i dont knw who you were.i just did.menyedihkan.
my mistakes after all.
salam.

Monday, May 31, 2010

untuk jalillah saya

saya dah mandi.
shampoo,dan bedak muka.jarang sebenarnya saya bedak muka.hanya untuk occassion tertentu sahaja.tapi tak tahu kenapa saya bedak muka sebelum keluar rumah hari ni.hanya untuk ke kedai bawah.
peliknya.ini sahaja.saya runsing.

smlam saya buat sesuatu yg menyegankan,saya masih segan.saya rasa saya berhak ditengking begini
"weh,kalau aku jadi kau aku bunuh diri lah weh!"
saya tahu,saya buat apa pon takkan dapat apa-apa.saya mmg tak malu.


saya pergi ya,
saya dah janji dgn syikin dan fatin nk main jutaria dgn mereka.
jutaria?(abaikan)

Wednesday, May 26, 2010

lemas dalam bahasa org putih "drowning"

aku tak lemas,
maaf jika ada yg hampa.
tajuk entri kali ini bukan pengaruh lagu drowning oleh backsteet boys.ye aku mengaku aku busuk,tapi semua orang pun ada kebusukannya yg tersendiri.tipulah kalau korang xpnah tgok cermin senyum bnyk kali nk cari senyuman yg paling tepat dan cantik untuk digayakan.kalau jawapannya tidak abaikan.(jgn tanya aku penah buat ke tak)
qirin si jongang cakap rambut aku hodoh petang tadi.apa masalah dia ntah.sapa je nak tgok rambut aku pun.

aku menyanyi senang hati,makan nestum lembik digaul dgn susu pekat sambil berjalan melintasi bilik si qirin ni petang tadi.
dengan muka dia yang bole dikatakan agak gampang bagi remaja perempuan umur 19 tahun,dia berkata tepat ke arah muka aku.
"eiii,oli kau tau tak rambut kau hodoh?"dalam gaya soalan.

aku kembangkan hidung,posisikan muka aku selari dengan kedudukan giginya dan bertanya
"eh,kau tau tak,rambut kau cantik macam siti pon. gigi kau tetap jongang?"tanya aku.(ye ye aku tau its rude to answer a question with a question.aku telepas,maafkan aku)

terkilan dia terus membalas ,"gemok!".

sial punya jongang apa masalah ntah.spoil mood aku nk makan nestum.




Saturday, May 22, 2010

menguap besar disampuk setan

wah.pagi ahad yang indah.aku bet orang lain sume sibuk berdengkur sambil mengeluarkan ekskrisi dalam bentuk cecair likat.mcm mana aku tau?sekarang aku di kmpung baru,kuala lumpur.rumah rakanku Qistina,atau aku lebih selesa memanggilnya qist si hidung kemek.
aku ditemani kucing hitam peliharaannya yg diberi nama oreo.aku sedang duduk bersila di sisi rakanku qist yg masih terbongkang.
*dialah jawapan untuk tanda soal tadi.

awal pagi lagi aku sudah bangun.haihh aku kerja(posting) shift petang hari ini, di Hospital Pantai Kuala Lumpur.aku terpaksa bangun awal untuk menggosok uniformku.hari ni lah hari bertuah qist dan bapaknya,uncle hashim.sebab hari ni diorang dapat melihat aku dalam
"full uniform"(termasuk cap).inilah kali pertama mereka akan melihat ku secara langsung dalam uniform.conform mereka kan ketawa berdekah paling baik pun boleh dapat diorang senyum sinis padaku nanti.

apalagi lah kerenah patient aku hari ni.rindu pula pada mereka selepas aku cuti semalam hari.aku teringat lagi pada patient ku yg berbangsa cina,dia berumur 71 tahun.sebatang gigi pun tiada.agak sukar untukku memahaminya.aku perlu fokus pada pergerakan bibirnya.satu hari aku masuk dakam bilikknya,aku dan rakanku mendapati bau busuk yg teramat.conform dia sudah melepas.aku dan rakanku terpaksa menukar pampers seawal 7pagi.
makcik agak berumur jadi agak susah untuk bergerak.berpeluh aku dan kawanku mengangkat pinggulnya.aku dan rakan ku masing-masing buat muka menahan bau setelah pampers dibuka.
tidak ku sedar makcik tersebut menggeleng kepalanya dan buat mimik muka yang sama dan diikuti dgn menutup hidungnya.panas hatiku dibuatnya.dia pulak yang tak tahan bau.
haihh macam macam.

Tuesday, May 18, 2010

biar muka tak cantik janji taik telinga tak terkelua

sekarang aku duduk bersila sambil dibuai angin yg bertiup segar.kalah tiupan angin kipas meja Panasonic walaupun ditekan butang nombor tiga.skarang ,aku duduk kat tangga luar rumah,duduk seakan akan tersimpul malu menunggu rombongan merisik.hihhi.semuanya semata nk mencari wireless.teknologi konon.wah sedapnya menghirup udara segar dari tingkat lima belas ni.tapi phobia btul aku bila menjenguk bawah dari tingkat lima belas ni.seram sejuk dibuatnya.tipulah kalau korang xpenah rasa nk terkencing bila jenguk bawah dari tempat tinggi.

wah,im enjoying my life now.skarang aku mulakan konsep pemikiran baru."pikir positip" bak kata latipah si jendul.fikir positif mmg tepat bagi segala masalah aku.asal ada orang pandang semacam je aku fikir,mungkin aku kelihatan manis hari ini.kalau aku terjatuh longkang atau pon tersungkur di jalan raya sehingga menyebabkan luka dan kulit tersiat aku akan fikir tuhan sedang membantu ku menyiat keluar semua lemak dibawah kulit.bila aku kelihatan serabai dan selekeh sedangkan org sekeliling cantik dn bergaya aku akan fikir yg aku lah org paling simple skali,rilex je tanpa sebarang sifat kepoyoon yg bajet best.aku akan fikir orang ni blum kenal lagi sape aku.hahah.kalau aku terdengar ade sekumpulan binatang bertopengkan perempuan mengumpat dan bergossip perihal peribadi aku,kan ku tegur mereka dan berkata,
"xde customer ke nyah mlm ni sampai nk ngumpat mak,jeles lah tu"
sambil berjalan dgn muka puas dan berkata "yes!" tiga kali.
aku kesah ape korang suma nk ckp psl aku.kalau x puas ajaklah kawan dua tiga org berborak skali.mak sikit pun tak heran.

Sunday, May 16, 2010

aku merepek di pagi hari

i dont understand you.maybe you dont want me to.
i dun care.i dont wanna knw.
nxt day again im stalking you.

pergi kerja di wad hospital,
apalagi kalau bukan tukar pampers,
tunggu pakcik melepas satu hal
lama sangat
baruku sedar pisau atuk dh tumpul.
apalagi,
aku tukang potong dipagi hari
bersyukur lah engkau wahai remaja
ada punggung dan anus yg masih tajam


asal duduk bontotku kebas,
nk kata duduk lama sgt,
tidak,
nk kata aku duduk salah
tidak
mungkin pressure yg diberi,
haihh.

aku tau kau nk move on,tapi aku xbagi,
aku tau kau xheran,kau pandang sinis,
aku x kesah,
xboleh xboleh la.

oh ibu,
aku dah pesan kita nk pegi berjalan,
jgn makan petai,
ibu degil,
dilahapnya petai segar.
haihh,
kunyah gula getah pun x lut
akhir kalam serbuk kopi 3 in 1 dikunyah ibu.
sayang ibu.

kawan,
aku tau ko sakit,
ada hati nk ajak klua,
sakit berhari-hari isap lah rokok bnyk2 lagi.
aku dah suruh benti xnk benti.
xcukup mintak,aku bagi free.


asal kau jauh je aku rindu,
asal kau dekat aku buat tak tau,
bila dah hilang baru nk kejar.
cube teka ape?
hihhi.


aku baru potong rambut.
haihh.
mcm cinapek jual handphone,
haihh,aku xnk klua,
tapi kalau yg dari jauh dtg jenguk,
konform aku klua

entri yg kau conform xnk baca.

seriously aku xske jdikan blog tempat semua luahan sedih dan sentap aku.its not the reason i create this blog after all.i want to entertaint people thru my real live story.to make people laugh and smile like HELL-O.someone inspired me to create this blog.i enjoy it to see people smile while reading my blog.so im trying not to put my sad story,cause everyone have their own story.i wanna help them inspired by my post and story.okay,im in a middle of lost and grief.haha (start sudah luahanku yg tiada peminatnya)college life just so pack.i have to work at hospitals and goverment clinic 4weeks in a row.penat sgt till i dont have time for myself.
it get to me tht i may did something wrong to a person before.sometimes tbe2 kita rasa xsenang hati,mcm sedih je tbe2.i try to get over it.the recipe is you just need someone beside you.someone you can smile jut by looking at one face.you can go and look for the joy.laugh like hell but you cant run at all time.it will get to you one day.either you are strong enough to go thru or else.i should forget everything about the past.but it mean so much to me that i dont want to forget.not even the sad moments i had.i want to keep it as memories.i want to enjoy laugh like hell and do whatever to make myself happy.but with all the memories i had in my head.i would do anything to rewind the past and correct all the mistakes that ive done.but i cant so i get what i deserve,i can only change myself now in order to avoid the same mistakes.i got a feeling this is my point right nw.im tired waiting then people just let me down.i will not have strong faith in anyone anymore.i will not hope for anything anymore.just enjoying my life as im still breathing.alhamdulillah.

p/s:to you,sorry for everyhting ive done before.and thnks for every moments and journey.foolish me if i said i didnt miss a thing.

Wednesday, May 12, 2010

hobi aku bukan hobi mak kau

aku igt aku best,hebat,up to date la org putih kata.tapi tak,busuk sebenarnya aku ni.aku tesedar akan kenyataan ini pabila aku dgn tak sengaja menghafal lagu azie-kau tetap dalam anganku.perhh.sekali nyanyi ketagih beb wa cakap lu.korang ckp ah aku busuk ke ape.aku tetap suka lagu tu.biarpun dihina dan dikeji,aku tetap aku.kalau suka meh,tak suka sudah.

mula mula aku ingat lagu tu mmg best.jarang gila aku minat lagu melayu.tapi bila satu hari di petang jumaat,aku ke jamban berdekatan kolej untuk meneran keluar nasi lemak telor mata yg aku lahap pagi tu dalam bentuk pepejal solid.fuhh,aku berpeluh bagaikan pemain badminton beregu campuran negara.dalam sibuk aku meneran,aku terdengar suara perempuan menyanyi lagu aku.lagu azie-kau tetap dalam anganku dalam versi indon.pehh!detik tulah! aku tersentap dan lubang rektum ku terkuncup seketika menyedari betapa busuk nya aku bila mak cik cleaner warganegara indonesia dibawah company bernama expert janitors meminati lagu yg sama dgn aku.stress aku terus memancut air paip membilas dan bergegas keluar dari toilet.tapi aku tetap puas hati sbb satu kelas aku sibuk menghafal lagu tu sekarang padahal diorang yg mencaci aku dulu. :)))

p/s:aku lupa nk buat ucapan terima kasih kat sume kawanku yg baik lg best sbb celebrate birthday aku haritu.trimas trimas.mmg best lah kan kena baling telor dan segala rempah ratus masa harijadi kau kan.mmg tu la yg aku doa bila sujud terakhir aku.thanks ah.haaha.sentap pulak. ok dah.(puas hati?eqal si gedang jgn kau nk ungkit ckp aku tak hargai la pe sume.:))babai

Monday, April 19, 2010

ketiak kepam bau kakeng.

college break is getting boring.no more outstation all the time.dulu bila time cuti,asal bangun je mesti termenung jap dkt tingkap usha gagak buat bising.usha sblah kiri pulk tgok ade org tgh landing baik punya.itu jela kot moment yg aku bole nampak dia x terkinje-kinja,xpon teloncat-loncat sane sini.everything was so different back then.but subang xde kurangnya,pagi subuh lagi aku dah bangun klua minum kat mamak.pekena horlikcs panas dan bercerita.asal lepak mesti cerita pasal benda lepas,all the sweet moments time skola and all.i dont think it will ever stop.ada satu time ni aku teramat lah bosan sehingga dah xda topik hangat untuk dibualkan.aku panggil mamak nak order minum lag.

mamak:apa mau?
aku:ane bagi menu.
mamak:tersengih konfius.
aku:biar betol kau ni.xpelah order jela.apa ada?
mamak:suma ada.(sambil tersengih mintak penerajang.)

tiba2 member aku dtg.

aku:ane tambah kerusi satu.
mamak:pagi tadi ada masak juga.
aku dgn bingung:ape ane ni,lain aku ckp lain diresponnya.apa bangang la mamat ni.
aku :ane kopi ada?.
mamak:ada ada
aku:ok kopi ais satu.
mamak:kopi ais.wokeh!
aku:ane tak mau manis sangat eh.
mamak :ada ada

time tu aku konform ah.ane ni mmg sepatah haram pon x paham ape aku ckp.nk je aku tepok blakang tengkuk dia.ape bangang la owner kedai skarang ni.nk saving pon beragak lah,import la pekerjasenonoh sikit tak ye pon.

Saturday, April 17, 2010

kujentik-jentik hingga berbintat

seperti biasa,asal hujung minggu je aku mesti balik rmh ibu.
semenjak dua menjak ni aku slalu rasa kehangatan rindu aku pada ibu.
sekali sekala terngiang-ngiang bau peluh ibu bila berkebun,oh bagaikan mabuk bau bantal busuk diselangi hobi menggentel-gentel hujung bucu bantal,nikmatnya tak terperi.hahah.
minggu depan abang aku yg aku hanya pnggil 'bae' akan bertunang,rombongan meminang sudah di plan oleh mereka pada sabtu depan.akhirnya si jambang yg berbadan gempal itu akan meninggalkan rumah x lama lg.
aku dah xtahan nak dengar adik dan abangku berdebat tntng tatacara mengepam mangkuk tandas.bae mmg terkenal dgn kehebatan mengapungkan sisa buangannya di dlm mangkuk jamban.kalau ada pertandingan untuk itu aku pasti bae sudah menjadi jutawan.konfom ah.bae boleh meratah sambal belacan dan kentut sepanjang dia berjalan dari tv ke dapur dgn hanya satu nafas.serius aku tak tipu. credit diberikan kpdnya untuk itu..dialah idolaku.ku pasti kan merinduinya.dialah pesaing aku di meja makan.tiap kali mkn tgh hari aku akan berlari 4x2oo meter bersamanya untuk merembat bahagian ayam yg terbaik.ketika itulah gegaran yg diikuti hujan pasir simen bagaikan earthquake bru berlaku dapar dirasai oleh penduduk sekitar usj 14.aku pasti terasa sunyi selepas ini.

Sunday, March 28, 2010

penimbang memberi suprise!

ye ye.post ni xda kene mengena dgn berat badan aku.jgn konfius,aku still maintain 2 angka.blom 3angka lagi.aku pasti.aku slalu angankan sblom tidor bahawa aku nk pegi jogging esok pagi.dan tekad ingin menurunkan berat badanku.tapi keesokan pagi aku bangun dan terus membeli nasil lemak dpan skolah.angan hanya tinggal angan.
result dah klua,im doing good.xdalah teruk sgt.ibu cakap liyana anak yg pandai cumas malas je.mesti mak bapak korang slalu ckp mcm tu kan. "awak pandai,bukan bodoh." cehh.mesti korang rasa kembang sikit di lubang anus.aku pernah rasa bnda yg sama.
bila dapat result yg mantap trus rasa nk call mak,ibu,mami,mama,mamu.tapi bila dapat result teruk korang mesti sedih kjap,dah lame sikit baru nk inform org lain.buktinya,bila kita tgok hari result spm klua,semua bdk yg berbaris dkt pondok telefon dpn skola mesti antara bdk yg puas hati dgn result diorang.kononya mmg tak sabar lah nk bgtau org kampng ni.heh.

dah lame gla diriku ini tak pergi vacation dgn rakan.sibuk dgn study and practical memanjang.aku tau dut,nanti kau dah hbis matrix kt buat trip kay.dulu time hbis spm aku berjalan x ingat dunia.rasa mcm dah hbis degree.best time ever.aku lupa pasal everything,woahh.tapi skarang busy sgt.so aku nk cari the best time to spend time just like d old days. :) btw i need a vacation right nw.it would be great if i can go to the beach


"all cried out by allure"
laguku masa zaman punitha

Saturday, March 20, 2010

sontoloyo

the best thing here at pantai college is the best tutor! ms.christina berambut kerinting bebibir kering.dia bebel kalah forum perdana kat tv1.dia nk blah dah bulan 5 ni.nak jadi suri rumah berjaya katanya.

aku start bebel.here it goes,
best friend is everything to me,jijol,syaza,qist is the best.sape yg ade best friend tu make use of them.ape guna,kata bff. im so lucky i have them as my best bud.never ask for more.aku rindu diorang bagaikan baby rindu bau ketiak mak.result dah nk klua next week.gla cuak.i nw ill get what i deserve.and i knw how bad it is i still have my friend.suka dan duka ku luahkan kepada.hah.jangan bila dah susah baru nak cari member.gila busuk.nampak sangat xbnyak kawan.sampai bila2 lah kau tukar kawan,kawan yg kau bg tittle bff pon act bukan nya ambik tau sgnt pon.gitu2 je.if you have problem which is very heavy tht you couldnt stop thinking of.who would you call?that person should be your best friend if he/she would do the same to you.so yahh.come on peeps dont act cool all the time wearing labels cloths and fragrance padahal kawan pon takda.gila sedih.ward d4 pmckl speacial thnks to sn kavitha,sn jaya,sn vicky,sn siva and m.n.ekhqal.

Saturday, February 27, 2010

meh le singgah. part 1

setelah melalui pengalaman praktikal ku di Hospital Pantai Kuala Lumpur.bru aku tau susahnya jd nurse ni.dulu mase kecik bila cikgu kosimah tanya tentang cita-cita.masing2 berebut nk jadi polis,yang poyo sikit nak buat cikgu kagum mesti bangun dgn muka yakin melaungakn "saya nak jadi doktor!"tapi aku lain,dulu aku bercita2 nk jadi jutawan.semuanya pengaruh roda impian,halim othman bagaikan farid kamil suatu hari dulu.takda seorang pon yg bercita-cita nk jadi nurse.semua ingat keje nurse senang,bagi ubat,check tekanan darah jage kaunter pendaftaran.semua salah! tanpa nurse doktor tak kemane2,bagaikan jijol berenang tanpa pelampung.cuba bayang mesti kau faham.

satu hari di wad aku berjalan ingin menukar cadar patient.aku penat yang teramat,kakiku lenguh tuhan saja yang tau,shift ku dah hampir ke penghujung 10 minit lagi aku dah bole sign out.tiba2 aku ternampak seorang mak cik melambai memanggilku.dia menunding jarinya ke arah pampers.dia senyum dan berkata "dah penuh ni".naseb baik aku tidak membalas dengan menunding pula jari hantuku tepat kemukanya .baru sahajaku menukar pampersnya setengah jam yg lepas,sabar je aku.setelah hampir selesai,aku mengelap punggung nya dgn kain basah,mak cik td kentut tepat pada tapak tanganku,aku dapat merasakan angin deras bertiup tepat pada tapak tanganku.bagaikan melepas mulut belon yg dah ditiup.mak cik tersenyum tersimpul malu.aku berlari ke tandas,loya sekejap aku disitu,bukan ape,pernah kah anda menahan berak kemudian terkentot.kalah bau lepas makan petai.serius.

Sunday, February 21, 2010

mak nk story nyah

hello world.its been a while since my last post.hee.

ok jum update.assignment belambak gila,english class sudah pun bermula,aku diajar oleh ms.anita.tutor perempuan,putih orgnya,dalam lingkungan 50 an,berbadan gedang,berambut perang,mukanya seiras arwah michael jackson.serius.agak scary disitu ya. tapi dia dikatakan berhati mulia.cahaya kejujuran dan keikhlasan terpampang jelas di bawah kelopak matanya.
aku ditangkap tidur didalam kelas kelmarin.ngantuk sungguh aku pun bercadang tok melelapkan mata seminit dua.tiba2 suara nyaring ala2 suster ngesot kedengaran."oli!!!" jerit ms.Christina,tutor kesayanganku.aku terkejut dgn cepat menyedut masuk air liurku yg hampir berjejeh.aku dipanggil dan diberi ceramah.aku hanya mampu tersenyum tersimpul malu. orang kata senyum tu sedekah.mungkin kerana geram melihat senyumanku aku didenda menulis "i promise not to sleep in class anymore"sebanyak 200 kali.haihh.aku conform korang sume pelik dgn kolej aku.tapi itulah kebenarannya.kolej aku xmcm kolej lain.aku pun still confius.apasal aku diberi denda sebegitu rupa.pening aku memikirkannya.dah cukup drama ku lalui bulan ni.

P/s:untuk si dia yg membaca,
hye..aah awak lah sape lagi,xkn kak ela kot.awak accident langgar lari eh? putus jari ke smpai xle nak tekan keypad telipon?ke saje buat bebal?haihh.

Monday, January 4, 2010

bukan spa Q tapi bbQ




































look back on 2009.aku dan teman rapat sempat meluangkan masa buat sleepover and bbq di rumah aina di bukit jelutong,shah alam.hampir sejam setengah masa diambil just untuk light kn arang malam tu.punya lah susah.tapi hasilnya,walah!terangkat bontot weh.we had fun,taking pictures,makan2,play games ang watchd movies.theres me,aina,deenurliz,badikha,syaza and qistina.love you guys. :))

kucing ke anjing?

wah.pejam celik.pejam,then celik balik dah 2010.im almost 19 walaweh!2009 berlalu dgn memori indah duka lara santapan jiwa raga.

sudah lam, aku tidak menjenguk makcik fazilah,dan uncle hashim di kampung baru.apa khabar mereka disana?sehat sejahtera hendaknya.dengar cerita kucing kesayangan keluarga itu si snowy telah melalui pembedahan.kesian binatang tu,tak semena-mena perutnya dibedah.baik betul hati uncle dan makcik.pabila di rumah kadang kala aku melihat anak kucing ku terdampar di lantai jubin berwarna biru.dgn nanah+bisol di matanya,dia kelihatan kering dan tak bermaya.bak unta di padang pasir yg sedang haus,mengidam susu pula.aku lihat anak kucingku dgn muka pelik."apahal ngn kucing ni?sedih gila rupa."aku cuba pula mlihat respiratory rate nya,masih stabil.aku lalu meninggalkan tmpt kejadian dgn muka bangga lagi puas.aku baru sahaja belajar bagaimana mahu mengambil respiratory rate pesakit di hospital,dan aku berjaya mengadaptasinya di rumah.aku ada belambak kucing di rumah,tapi itu tak bermakna aku gemarkan kucing,tolong,jgn salah sangka.ibuku paling pantang bila melihat kucing masuk kerumah,katanya kucing skarang tak ada adab kencing mrata,ibu mengomel seorang diri membeza kn kucing dulu dan sekarang.mana taknya orang tua tu x naik angin,ada satu hari ibu masak lauk kegemaranya,asam pedas ikan pari,kucingku merompak seketul ikan ibuku,ibu bengis lalu menghentak kerusi dgn hajat ingin menakutkan kucing.ibu berjaya menghalaunya,seketul ikan pari tadi berjaya dikutip oleh ibu dan dibuang di tong sampah blakang.ibu muka puas berjalan membuang seketul ikan tadi tanpa menyedari kucing itu dtg kembali dan dengan selambanya dia membuang air kecil di sisi mangkuk asam pedas di atas meja.

p/s:babe,ptptn tak masuk lagilah.i pon tak tau bila nk masuk.runsing i.if tak masuk by this week.i xley g ipoh spend you. sedih ah ;(