Saturday, June 12, 2010

kempunan :)))))

"save the last dance for me"tapi ditukar ke "save the last piece for me"

sudah dua hari berturut-turut aku dan rakan melantak otak-otak kempas di restoran sebelah round about sunway.sedap sungguh otak otak disana,diselangi pula dgn ratahan tongkeng ayam madu dipanggang panas.sedap sungguh hinggakan aku dan rakan memang gila tongeng,tapi cucuk tongkeng sangat limited anda perlu berebut untuk cucuk tongkeng anda hingga ke cucuk yng terakhir..sekarang musim bola bagi yang lain tapi untukku dan rakan rakan,musim tongkeng sudah bermula. ;))
okay update sikit tentang isu semasa.saya sudah di sem 2,dah dapat bip hijau.ahah.dah senior dah.berjalan dengan bip memberi anda hak untuk bermuka puas semasa berjalan di hospital mahupun di ruang legar college.bip hijau akan memberi aku pass untuk masuk ke OT dan melihat upacara ibu melahirkan baby dengan mata dan cornea saya sendiri.wah tak sabar weh.

No comments:

Post a Comment