Wednesday, May 12, 2010

hobi aku bukan hobi mak kau

aku igt aku best,hebat,up to date la org putih kata.tapi tak,busuk sebenarnya aku ni.aku tesedar akan kenyataan ini pabila aku dgn tak sengaja menghafal lagu azie-kau tetap dalam anganku.perhh.sekali nyanyi ketagih beb wa cakap lu.korang ckp ah aku busuk ke ape.aku tetap suka lagu tu.biarpun dihina dan dikeji,aku tetap aku.kalau suka meh,tak suka sudah.

mula mula aku ingat lagu tu mmg best.jarang gila aku minat lagu melayu.tapi bila satu hari di petang jumaat,aku ke jamban berdekatan kolej untuk meneran keluar nasi lemak telor mata yg aku lahap pagi tu dalam bentuk pepejal solid.fuhh,aku berpeluh bagaikan pemain badminton beregu campuran negara.dalam sibuk aku meneran,aku terdengar suara perempuan menyanyi lagu aku.lagu azie-kau tetap dalam anganku dalam versi indon.pehh!detik tulah! aku tersentap dan lubang rektum ku terkuncup seketika menyedari betapa busuk nya aku bila mak cik cleaner warganegara indonesia dibawah company bernama expert janitors meminati lagu yg sama dgn aku.stress aku terus memancut air paip membilas dan bergegas keluar dari toilet.tapi aku tetap puas hati sbb satu kelas aku sibuk menghafal lagu tu sekarang padahal diorang yg mencaci aku dulu. :)))

p/s:aku lupa nk buat ucapan terima kasih kat sume kawanku yg baik lg best sbb celebrate birthday aku haritu.trimas trimas.mmg best lah kan kena baling telor dan segala rempah ratus masa harijadi kau kan.mmg tu la yg aku doa bila sujud terakhir aku.thanks ah.haaha.sentap pulak. ok dah.(puas hati?eqal si gedang jgn kau nk ungkit ckp aku tak hargai la pe sume.:))babai

No comments:

Post a Comment