Saturday, April 17, 2010

kujentik-jentik hingga berbintat

seperti biasa,asal hujung minggu je aku mesti balik rmh ibu.
semenjak dua menjak ni aku slalu rasa kehangatan rindu aku pada ibu.
sekali sekala terngiang-ngiang bau peluh ibu bila berkebun,oh bagaikan mabuk bau bantal busuk diselangi hobi menggentel-gentel hujung bucu bantal,nikmatnya tak terperi.hahah.
minggu depan abang aku yg aku hanya pnggil 'bae' akan bertunang,rombongan meminang sudah di plan oleh mereka pada sabtu depan.akhirnya si jambang yg berbadan gempal itu akan meninggalkan rumah x lama lg.
aku dah xtahan nak dengar adik dan abangku berdebat tntng tatacara mengepam mangkuk tandas.bae mmg terkenal dgn kehebatan mengapungkan sisa buangannya di dlm mangkuk jamban.kalau ada pertandingan untuk itu aku pasti bae sudah menjadi jutawan.konfom ah.bae boleh meratah sambal belacan dan kentut sepanjang dia berjalan dari tv ke dapur dgn hanya satu nafas.serius aku tak tipu. credit diberikan kpdnya untuk itu..dialah idolaku.ku pasti kan merinduinya.dialah pesaing aku di meja makan.tiap kali mkn tgh hari aku akan berlari 4x2oo meter bersamanya untuk merembat bahagian ayam yg terbaik.ketika itulah gegaran yg diikuti hujan pasir simen bagaikan earthquake bru berlaku dapar dirasai oleh penduduk sekitar usj 14.aku pasti terasa sunyi selepas ini.

No comments:

Post a Comment